Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2024

RINGKASAN Persenjataan Keris Johor @ Keris JRLP

Imej
  Secara amnya, Keris Johor  atau dikenali sebagai Keris JRLP adalah singkatan dari Johor, Riau, Lingga, dan Pahang. Ini merujuk kepada keris yang berasal dari Empayar Kesultanan Johor sejak tahun 1528 Masihi. Nama ini menunjukkan asal usul keris tersebut dan digunakan untuk membezakan keris dari Empayar Johor dengan keris dari kawasan Empayar Asia Tenggara yang lain. Ciri-ciri reka bentuk dan ukirannya mencerminkan seni dan budaya Johor, menjadikan keris tersebut unik dan dikenali. Keris Johor, atau Keris JRLP, mengambil bentuk dari pakem keris Tempa Melaka yang berasal dari era 1400-1511 . Apabila kota Melaka ditakluki oleh Portugis, sebahagian pengikut Sultan dan golongan bangsawan berpecah ke Sumatera, Riau, dan Johor. Kebanyakan peralatan perang, seperti senjata api (bedil) dan persenjataan pertikaman, dibawa berundur ke Johor, khususnya ke Muar dan Pagoh. Rujukan dan koleksi dari ahli Kelab Seni Warisan Selatan Johor  Di Johor, di bawah kekuasaan Sultan Alauddin Ri...