RINGKASAN Persenjataan Keris Johor @ Keris JRLP
Rujukan dan koleksi dari ahli Kelab Seni Warisan Selatan Johor
Semasa pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1581-1597), ibu kota Johor terletak di kawasan Sungai Kota, yang terkenal juga dengan sumber alam yang kaya seperti bijih besi, nikel, timah, dan emas. Kekayaan sumber alam ini membolehkan Johor menjadi pusat pembuatan senjata yang penting, bukan sahaja untuk senjata api seperti bedil tetapi juga senjata pertikaman seperti keris, tombak, dan parang. Tempa kota Johor pada zaman ini dikenali dengan kualiti pembuatannya yang tinggi, menggunakan teknik penempaan besi yang diwarisi dari tukang besi Melaka dan diperkayakan dengan sumber bahan mentah tempatan.
Reka bentuk keris Johor (Tempa Kota) pada zaman tersebut memperlihatkan ciri-ciri berikut:-
- Berukuran sedang, dengan panjang bilah antara 9 inci dan 14 inci
- Bentuk bilah menirus dari pangkal ke pucuk dan sedikit condong
- Bilah tidak tebal, namun tetap kukuh dan tahan lasak.
- Tidak banyak ricikan, menjadikan reka bentuknya lebih sederhana tetapi berfungsi dengan kukuh
Ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Syah (1677-1685), Johor meminta bantuan beberapa negeri, termasuk suku Bugis, untuk membantu menyerang Jambi. Pada masa ini, pentadbiran dan pertahanan Johor tertumpu di Kepulauan Riau, yang kaya dengan sumber alam seperti bijih timah, besi, intan, emas, dan perak. Sumber-sumber ini sesuai dijadikan komoditi perdagangan dan bahan untuk membuat persenjataan, termasuk keris. Keris yang dihasilkan pada masa ini mempunyai ciri-ciri keris Johor dengan pengaruh pamor Bugis, dikenali sebagai "Sampana Riau," mengambil nama bersempena pusat kerajaan Johor di kepulauan Riau. Pengaruh ciri dan pamor bugis berlangsung sehingga sultan Mahmud Syah 2 (1685-1699) yang mana ketika ini keris Megat Sri Rama jelas berunsurkan keris bugis. Diduga juga Keris Sundang melayu telah ada di johor-riau dimana suku iranun turut membantu peperangan Johor Riau terutama di perairan Natuna dan Anambas.
Ketika Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah (1722-1760) meminta bantuan 5 Bugis bersaudara iaitu Daeng Parani, Daeng menambun, Daeng marewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi mereka datang bersama pengikut mereka yang terdiri dari empu dan pandai besi yang mahir dalam perperangan dan membantu Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah untuk merebut takhta Johor bersama alat kebesaran yang dikuasai Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (1718-1722) atau dikenali sebagai "Raja Kecil” yang berundur kesiak. Atas kejayaan mengusir Raja Kecil, Sultan Sulaiman mengotakan janjinya yang dikenal Perjanjian Melayu-Bugis. Ketika ini merupakan masa kemuncak penyebaran keris Sampana Riau yang menyebar di Kedah, Perak, Selangor, Terengganu, Jambi, Indragiri, Deli, Siak, Langkat dan Anambas .
Penyebaran pengaruh keris Sampana Riau lebih kepada faktor peperangan dan pendudukan masyarakat Bugis yang mula mendiami keseluruhan kawasan jajahan takluk Johor. Penyebaran ini merangkumi tatacara adat istiadat dan cara pemakaian keris. Bentuk keris Sampana Riau mempunyai 2 perbezaan di antara “Riau Daratan” dan "Riau Kepulauan”. Antara ciri keris Sampana Riau adalah seperti berikut:-
- Bilah Riau Kepulauan berukuran tidak melebihi 14inci”, berbentuk ramping dan lenggok serta tidak terlalu tebal
- Bilah Riau Daratan pula kebiasaaanya lebar dan mempunyai ukuran yang agak tebal, serta mempunyai ukuran tidak melebihi 17inci”
- Pelengkap Bilah Riau kepulauan amat sederhana dan riau daratan mempunyai pelengkap yang sempurna terutama keris jambi, dan lingga.
Pengunaan senjata tikam termasuk keris, sundang, pedang, badik dan senjata bedil masih digunakan ketika penyerangan Almarhum Raja Haji Fi Sabilillah di melaka pada tahun 1784 dan selepas penyerangan ini Riau dikawal dan disekat oleh belanda, sehingga pemerintahan sultan abdul Rahman muazzam syah (1812-1819), kebanyakan ketika ini empu atau pandai besi kurang membuat keris dan tertumpu membuat peralatan pertanian kerana empu-empu tidak lagi bernaung dibawah istana. Ini disebabkan sekatan dan kawalan bahan utama bijih besi dan timah oleh belanda dan inggeris.
Apabila Sultan Hussain Syah "Tengku Long" (1819-1835) ke singapura, pengunaan keris hanya sebatas pelengkap busana akan tetapi pembuatan keris sampana riau bersekala kecil untuk memenuhi kehandak pemesan atau tujuan perdadangan, pengunaan senjata bedil yang lebih moden menjadi alat pertahanan utama, ini dibuktikan dengan senjata moden yang banyak digunakan ketika perang Jementah 1879, diperkirakan pembutaan keris sampana riau terhenti sepenuhnya di riau kepulauan pada penghujung 1877.
Di Riau daratan pula, kebanyakan pandai besi dan empu beralih profesi dari membuat keris kepada membuat peralatan pertanian dan berburu, mereka membuang status kebangsawanan dan menyepikan diri pada tahun 1946 dimana pada tahun tersebut menjadi tragedi pembunuhan raja melayu (bekas jajahan takluk Johor), beserta kerabat sultan, bangsawan, dan yang mempunyai hubungan serta kaitan dengan istana melayu telah diburu dan di bunuh, Ada diperkatakan juga segelintir empu masih dapat di selamatkan dan berjaya menyembunyikan diri dari tragedi tersebut. Harta benda istana termasuk kelengkapan istiadat, catatan, artifak, dirampas dan dimusnahkan, hanya sebahagian kecil sahaja yang Berjaya melarikan diri ke kepulauan riau, singapura dan semenanjung Malaysia.
Keris yang tergolong dalam Keris Sampana Riau/ Keris Riau adalah :-
- Keris buatan Bangkinang (Keris Panjang dan penyalang)
- Keris buatan singkep (Keris Alang Bahari)
- Keris buatan Indreagiri
- Keris buatan Jambi
- Keris buatan Deli-Serdang
- Keris buatan Riau Kepulauan, Lingga-Langkat
Dan penggaruh sampana riau juga didapati disebahagian semenjung Malaysia.
Diketahui dalam usaha-usaha mempertabatkan perkerisan Johor telahpun mula aktif sejak awal 1980, dimana satu usaha untuk mengumpulkan keris-keris melayu Johor @ Keris JRLP dan di seluruh semenanjung giat dijalankan, namun usaha ini terhenti tanpa alasan yang jelas. Kemudian pada penghujung tahun 1980, Almarhum Syed Hussin Aljunid (Tok Seikh) telah mula membuka sebuah geleri keris sebagai “Balai Adat Seni Nusantara” yang bertempatkan dipantai Lido, Johor. Digeleri ini bermulanya fasa peralihan keris melayu jawa dan pemangkin perkerisan dari sudut adat istiadat, pengenalan asas dan keadah memelihara keris dan senjata antik lainya, dari sini ramai tokoh atau individu yang mahir tentang perkerisan, antaranya Almarhum Pak hamzah, Almarhum Pak Din, Almarhum Wak Ajis, Almarhum Suhaimi dan antaranya En Mohd Khair (Wak Khair) dan beberapa lagi perintis penerus.
Pada Pertengahan tahun 1990, terdapat empu keris di mersing yang dikenali sebagai Zul Purba karyanya cenderung keris-keris pantai timur dan seorang lelaki berbangsa cina dikenali Lai Kah Foo (Ah Lai) di kukup membuat keris, namun keris buatan beliau tidak mengikuti keris sampana riau atau pun keris tempa kota, diawal tahun 2000. En murtaza atau dikenali sebagai Abg Mus mula menempa keris Johor dan hasil karya beliau mengikuti gaya tempa Melaka, Johor, Riau dan Sulawesi. En murtaza bin maarof juga melatih beberapa individu untuk melestarikan penempaan dan specifikasi keris johor yang dikenali keris Johor Riau Lingga Pahang (Keris JRLP).
Rujukan dan koleksi dari ahli Kelab Seni Warisan Selatan Johor
Pengaruh seni tempa dan lipat pamor disemenjung dan pattani kebanyakan berpengaruh bugis, ini kerana masyarakat bugis banyak berhijrah keseluruh alam melayu dan pengaruh mereka tertuang dalam gaya penempaan dan seni bina perkerisan. Ini kerana beberapa pahlawan kerajaan gowa-tallo tidak berpuashati dengan perjanjian pendamaian (perjanjian bongaya) antara sultan hasanuddin dengan VOC belanda diwakili laksamana cornelis speelman pada tahun1667, ada diantara mereka meninggalkan makassar ke jawa dan ada ke Pattani (Thailand),
Daeng Manggale mendapatkan perlindungan suaka dari Raja Narai (Somdet Phara Narai Ramathibodi 3) kerajaan Ayuthya disiam pada tahun 1664, dan diberikan tempat di Siam yang dikenali kampung Makassar. Akibat ke salahfahaman antara puak makassar dan Raja Narai maka terjadilah peperangan antara 200 orang makassar berlawan dengan 4000 askar siam. Inggeris dan Perancis dan lebih 1500 terkorban, kejadian ini terjadi pada tahun 1686, kesan dari peristiwa ini pengaruh dan Teknik penempaan di selatan Pattani dan mempunyai unsur pengaruh bugis.
KESIMPULAN
Keris Johor atau panggilan nya adalah Keris JRLP adalah keris yang meliputi dalam pengaruh sejarah perkerisan negeri Johor iaitu dari segi sejarah peperangan, pertahanan dan perjalanan di dalam suatu daerah hingga jajahan dan takluk Johor Riau, lingga, Pahang. Namun Keris Johor ini mempunyai variasi tempaan bentuk asal atau pakem dari warisan Melaka.
Rujukan dan koleksi dari ahli Kelab Seni Warisan Selatan Johor
Rujukan:
- Tasjil Anis Salatin - Rahsia agung johor
- Tuhfat Al Nahfis
- Raja Haji Fi Sabilillah Pahlawan Nusantara
- Silsilah Melayu Bugis
- Riau dan takluknya
- Catatan Claude De Forbin
- Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor
Ulasan